4 Faktor Pejabat Anda PERLU Ada CCTV

Setiap 7 minit, satu kes jenayah harta benda akan berlaku di negara kita menurut Statistik Jenayah Malaysia. Ini amat merungsingkan bagi kita terutama sekali apabila memikirkan keselamatan orang-orang tersayang dan harta benda kita. Tambahan pula, kita semua sekarang sibuk bekerja di rumah tanpa ada sesiapa yang berada di pejabat, menyebabkan kes-kes pecah masuk semakin mudah untuk terjadi.

Cara terbaik untuk melindungi diri daripada kes jenayah di pejabat adalah melalui tahap sekuriti yang tinggi, bermula dengan CCTV. Saya akan mengupas faktor-faktor CCTV perlu ada di setiap pejabat pada zaman sekarang dan berkongsi tips di hujung artikel ini.

1. Mengurangkan risiko rompakan

Dalam keselesaan kita bekerja dari rumah, kes rompakan pejabat telah semakin meningkat pada musim PKP ini. Salah satu yang viral bulan lepas adalah apabila pejabat Ustaz Ebit Lew di Bangi telah dirompak dengan kerugian hampir RM50,000. Terdapat pelbagai barangan berharga di ofis seperti PC, laptop, gadget, projektor dan produk syarikat termasuk dokumen-dokumen penting. Penjenayah yang mengambil kesempatan kekosongan pejabat tidak teragak-agak untuk mencuri dan merosakkan pejabat kita jika ia terbiar tanpa sekuriti. 

Oleh itu, apabila adanya CCTV dengan features seperti 360° view, alarm, night view,  2 way communication dan phone view, keselamatan pejabat kita dapat lebih meningkat dan perompak juga takut untuk memasuki pejabat tersebut.

 

2. Meningkatkan produktiviti pekerja

Pengawasan Pekerja Sewaktu Berada di Pejabat

Selain daripada menjamin keselamatan, kebiasaannya dengan adanya CCTV di ofis di Malaysia, pekerja dan staf akan semakin produktif dan bertanggungjawab. Ini adalah kerana mereka sentiasa dipantau dan dirakam menyebabkan mereka takut untuk curi tulang. Rakaman CCTV juga boleh digunakan untuk memantau kehadiran pekerja atau aktiviti-aktiviti mencurigakan di ofis.

Ini adalah kerana risiko keselamatan juga boleh datang daripada dalam pejabat, seperti kes pecah amanah dan sebagainya. Bak kata pepatah melayu, sediakan payung sebelum hujan jadi kita haruslah bijak untuk melaburkan sedikit kos untuk memasang CCTV di pejabat.

 

3. Merekod rakaman sebagai eviden

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, risiko keselamatan juga boleh datang daripada dalam pejabat. Oleh itu, dengan adanya CCTV, sebarang kejadian atau aktiviti yang mencurigakan dapat ditangkap dan dijadikan sebagai eviden jika kes tersebut lebih serius dan harus dibawa ke pihak polis. Rakaman tersebut adalah bukti yang lebih kukuh daripada kenyataan saksi kejadian kerana ia menunjukkan kejadian sebenar. Di sini lah kita boleh lihat juga kelebihan CCTV yang mempunyai ciri 2-way communication kerana ia akan merakam juga sebarang suara atau bunyi di tempat kejadian contohnya dialog yang mencurigakan dan sebagainya.

 

4. Meningkatkan sekuriti 

Secara keseluruhannya, penggunaan CCTV di Malaysia akan meningkatkan sekuriti pejabat anda daripada luar dan dalam menjadiakan ia selamat. Harga CCTV seperti Hero Malaya CCTV DIY Kit yang berbaloi juga adalah satu investment long term bagi syarikat anda kerana bayar hanya sekali tetapi servis sekuriti selamanya. CCTV Kit kami lengkap dengan features yang telah kami highlight di atas. Highlight CCTV kami adalah anda boleh pasang secara DIY atau pasang sendiri, iaitu penjimatan yang berlipat kali ganda tanpa caj upah pemasangan yang kadang-kala lebih mahal daripada unit CCTV tersebut. 

 

Kesimpulan

Jangan risau! Kami akan beri manual dan guideline yang lengkap, video-video tutorial yang mudah serta talian helpline untuk bantu anda pasang sampai dapat!

Jadi jika anda ada sebarang pertanyaan berkenaan produk dan pemasangan CCTV, anda boleh terus hubungi Team Hero Malaya,

 
 
Whatsapp Husna Whatsapp Taufik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Klik untuk live chat bersama staff
Hi, anda perlukan maklumat lanjut? Klik sekarang, kami gembira untuk assist anda