Apa itu CCTV tanpa wayar?

Apa itu CCTV tanpa wayar? ~

CCTV tanpa wayar (kamera litar tertutup) adalah kamera keselamatan yang berfungsi dengan menghantar isyarat video dan audio ke penerima menggunakan gelombang radio frekuensi tinggi. CCTV tanpa wayar semakin diminati sejak kebelakangan ini namun ada yang beranggapan CCTV ini tidak melibatkan apa-apa kabel/wayar (zero wayar). Adakah ia benar??
Salah tu ya Tuan-Tuan & Puan-Puan

Semua CCTV memerlukan sumber tenaga (power). Malah kamera CCTV tanpa wayar juga memerlukan tenaga untuk kita mengaktifkannya. Cuma, CCTV tanpa wayar tidak menggunakan kabel yang banyak dan panjang untuk disambungkan ke Digital Video Recorder (DVR). DVR adalah tempat simpanan recording untuk camera jenis wired.

Wireless CCTV lebih mudah untuk dipasang. Wireless CCTV hanya memerlukan power & SD card/ Memory card untuk menyimpan recording, dan SD Card akan dimasukkan kedalam setiap camera. Dengan adanya Wifi connection boleh terus view diphone hanya dengan meng download aplikasi CCTV. Jimat space kan? Tak perlu kita nak sediakan tempat letak Decorder, nak sediakan monitor, nak tengok wayar-wayar berselirat belakang decorder lagi.

Terdapat dua jenis wireless CCTV, yang pertama menggunakan sumber tenaga (power), bagi pelanggan yang tidak mahu rumah/premis mereka nampak casing/pipe mereka boleh mengupah wireman untuk tarik cable power ke point dimana CCTV camera akan dipasang/diletak. Kerana kebiasannya installer CCTV tidak melakukan kerja-kerja meng”hacking” dinding/siling.

Yang kedua adalah CCTV menggunakan solar, CCTV yang menggunakan solar adalah CCTV yang mempunyai battery dan battery tersebut boleh di charge semula (rechargeable battery) ia juga disebut sebagai 100% Wire-Free Battery Powered, or Solar Powered Security Camera. Camera jenis solar ni kebiasaannya diletakkan ditempat yang tiada bekalan elektrik (power), contoh seperti kebun, ladang, kandang haiwan, atas bumbung, construction site dan lain-lain. Ketahanan battery untuk camera jenis solar ini boleh tahan hingga 2-3 minggu sekali charge

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Open chat
Klik untuk live chat bersama staff
Hi, anda perlukan maklumat lanjut? Klik sekarang, kami gembira untuk assist anda